Monday, November 9, 2009

Kata-kata aluan dari Pengerusi Seruan islam Perak

bismillah-1.gif

syeikh1.jpg
Mar 09

assalamualaikum.gif


Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T yang telah menglzinkan saya untuk memberikan kata-kata aluan di laman web yang diterbitkan sempena 60 tahun Jam'iyah. Tahniah dan syabas kepada Biro Penerangan dan Jawatankuasa untuk menerbitkan laman web ini.

Persekutuan Seruan Islam Se Malaya Cawangan Perak telah di tubuhkan dalam tahun 1949. Pada 8.5.1968 telah di tukar namanya kepada Persekutuan Seruan Islam (Jam'iyah) Perak. Pemimpin yang terdahulu amat mengkagumkan dengan sifat keikhasan yang luhur, amanah serta berkorban, membawa mesej dakwah yang unggul. Begitu juga dengan ahli-ahli yang dermawan dengan mewakafkan 4 bangunan kedai untuk Jam'iyah Perak. Sumbangan dan amal jariah mereka hanya Allah S.W.T yang membalasnya.

Tokoh dan pemimpin yang amat dikagumi, Y.Bhg Dato’ Seri (Dr) Harussani bin Hajl Zakaria merangkap Mufti Perak, Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2008 Peringat Kebangsaan telah banyak menyumbang bagi membangunkan Jam'iyah Perak. Semasa memimpin Jam'iyah beliau telah berjaya mendapatkan tanah seluas 500 ekar bagi tujuan tanaman kelapa sawit dan kini Jam'iyah telah pun mendapat hasil dari usaha beliau.

Jam'iyah Perak kini sedang merangka satu pelan pembangunan bagi mendirikan sebuah pusat ilmu Antarabangsa. Kita menyanjung tinggi akan peranan mereka yang telah mempelopori gerakan Jam'iyah pada peringkat awal hingga ia masih unggul ke masa kini. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka, Amin!

Dato' syekh Mohd Nor Alhafiz


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentar anda!!