Monday, November 9, 2009

SELAMAT DAtANG KE BLOG baru Jam'iyah.!!

Assalamualaikum wm.wb.
Selamat bertemu melalui blog baru PSIP, setelah terganggu oleh masalah teknikal sebelum ini.
Kami mengalu-ngalukan sumbangan dan komentar anda untuk meningkatkan lagi mutu dan maklumat terkini mengenai Jam'iyah Perak.

Mesyuarat AJK Tertinggi semalam  (20 Nov.2009) membincangkan beberapa program sambutan 60 tahun, antaranya Program Qurban Perpaduan, sebanyak 15 ekor lembu akan dikorbankan pada hari Sabtu (8 ekor) dan Ahad (7 ekor), Pesta Buku pada bulan Januari 2010, Pertandingan Marhaban, Forum Perdana Ehwal Islam dll.

Mesyuarat juga mencadangkan untuk membina Pondok Moden Jam'iyah bagi menampung golongan "berusia emas" untuk menumpukan masa bagi belajar dan beribadah.

Salam hormat
Zanman Huri Haji Samsudin
Biro Penerangan dan Multimedia
21 November 2009

Pembukaan Cawangan Jam'iyah Perak    (   2 Disember 2009)

Perlembagaan PSIP yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan mengandongi peruntukan 'Penubuhan Cawangan di Peringkat Daerah'.

AJK Tertinggi PSIP mengalu-ngalukan kemasukan ahli-ahli baru dari daerah-daerah seluruh Negeri Perak sebagai persiapan untuk AJK Tertinggi turun ke daerah dalam tempuh terdekat untuk menubuhkan Cawangan-Cawangan.

Keahlian PSIP terbuka kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang pendidikan dan politik, asalkan mereka dapat menghayati dasar perjuangan Jam'iyah untuk menyampaikan Islam kepada setiap lapisan masyarakat, melalui pendekatan dakwah bil hikmah.

BORANG KEAHLIAN
PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM PERAK  - JAM'IYAH PERAK

Nama: .............................................................................No.KP...................................................

Alamat:............................................................................Tarikh Lahir:............................................

.......................................................................................Tempat Lahir:...........................................

....................................................................................... Umur:......................................................

Telefon: ......................................( R )....................................... ( Pej. )...................................(HP)

Pendidikan:      Rendah               (        )                  Menengah              (        )

                       Kolej                  (         )                Universiti                 (        )

                       lain-lain:     ..............................................................................................................

Saya mempunyai   ............................untuk disumbangkan kepada Jam'iyah Perak seperti berikut:

Kebolehan/Kemahiran:  ..................................................................................................................

Bakat / Kepakaran: ........................................................................................................................

Saya sedia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan PSIP dan sedia memberi khidmat dan sumbangan kepada kegiatan Jam'iyah Perak.

Disertakan Borang yang lengkap dan Yuran Tahunan dan Pendaftaran sebanyak RM.....................

Terima kasih.

Catatan oleh
Zaman Huri bin Haji Samsudin
Ketua Biro Penerangan PSIP




   

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentar anda!!