Sunday, November 29, 2009

QURBAN PERPADUAN DI PSIP DUA DAN TIGA HARI RAYA..

Alhamdulillah program qurban perpaduan telah selamat dilaksanakan. Sebanyak 15 ekor lembu telahpun disembelih dan diedarkan kepada fakir miskin dan perkampungan orang asli sekitar Ipoh. Kepada semua yang terlibat, pimpinan PSIP  mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah menerima amal ibadah kita, amin.

Tuesday, November 10, 2009

HUBUNGI KAMI

Maklumat Perhubungan


PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM PERAK
No. 9, Jalan Seruan,
30250 Ipoh,
Perak Darul Ridzwan
Tel: +605-254-8708
Fax: +605-254-6055
Email: info@seruanislamperak.org

Hubungi Kami

Masukkan nama anda:

Email Anda:

Tajuk:

Masukkan mesej anda:

Masukkan kod

LATAR BELAKANG SERUAN ISLAM

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SE MALAYA

Persekutuan Seruan Islam Se Malaya atau Jam'iyah Al-Daawah Al-Islamiyah telah diasaskan dalam tahun 1932 di Singapura oleh seorang Ulamak yang bernama Allahyarham Maulana Al-Haj Abdul Allem Siddiqi berasal dari India. Beliau telah meninggal dunia di Madinah dalam tahun 1954 dalam usia 74 tahun.

Persekutuan Seruan Islam Se Malaya telah bergiat aktif di dalam penyebaran dakwah dan pendidikan Islam berpusat di Singapura kemudian telah menubuhkan cawangan-cawangannya di Melaka, Selangor, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.

Persekutuan Seruan Islam Se Malaya Cawangan Perak, telah ditubuhkan dalam tahun 1949.

Pada 8 Mei 1968 Persekutuan Seruan Islam Se Malaya Cawangan Perak telah ditukarkan namanya kepada Persekutuan Seruan Islam Perak atau Jam'iyah Perak hingga kini.

DASAR DAN TUJUAN

1. Menghebahkan pengajaran dan pengajian Agama Islam.
2. Membela dan mempertahankan kedaulatan Agama Islam.
3. Membela, membaiki dan mempertahankan kedaulatan masyarakat Islam.
4. Mencari jalan menggalakkan orang-orang Islam belajar serta mengamalkan ajaran Islam dengan kursus-kursus serta bimbingan-bimbingan Agama dan lain-lain.
5. Mencari jalan bagi memperbaiki perjalanan dan pentadbiran Sekolah-sekolah Agama.
6. Memberi pertolongan kepada orang-orang Islam dan lain-lainnya yang difikirkan munasabah.
7. Membuat perhubungan dengan Jabatan-jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan dengan Pertubuhan-pertubuhan yang bercorak Islam di dalam dan di luar Negara.


MISI
Suatu Pertubuhan Islam yang berkesan untuk menjadikan dakwah sebagai wahana penghayatan Islam yang syumul

VISI
Menjana dan memimpin gerakkerja Dakwah

BUDAYA KERJA
Mencintai Budaya Ilmu
Bekerja dengan semangat Amal Jama'iy
Pendekatan dakwah Bil Hikmah

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

JAWATANKUASA BARU AKAN DI MUNCULKAN KEMUDIAN

Monday, November 9, 2009

Kata-kata aluan dari Pengerusi Seruan islam Perak

bismillah-1.gif

syeikh1.jpg
Mar 09

assalamualaikum.gif


Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T yang telah menglzinkan saya untuk memberikan kata-kata aluan di laman web yang diterbitkan sempena 60 tahun Jam'iyah. Tahniah dan syabas kepada Biro Penerangan dan Jawatankuasa untuk menerbitkan laman web ini.

Persekutuan Seruan Islam Se Malaya Cawangan Perak telah di tubuhkan dalam tahun 1949. Pada 8.5.1968 telah di tukar namanya kepada Persekutuan Seruan Islam (Jam'iyah) Perak. Pemimpin yang terdahulu amat mengkagumkan dengan sifat keikhasan yang luhur, amanah serta berkorban, membawa mesej dakwah yang unggul. Begitu juga dengan ahli-ahli yang dermawan dengan mewakafkan 4 bangunan kedai untuk Jam'iyah Perak. Sumbangan dan amal jariah mereka hanya Allah S.W.T yang membalasnya.

Tokoh dan pemimpin yang amat dikagumi, Y.Bhg Dato’ Seri (Dr) Harussani bin Hajl Zakaria merangkap Mufti Perak, Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2008 Peringat Kebangsaan telah banyak menyumbang bagi membangunkan Jam'iyah Perak. Semasa memimpin Jam'iyah beliau telah berjaya mendapatkan tanah seluas 500 ekar bagi tujuan tanaman kelapa sawit dan kini Jam'iyah telah pun mendapat hasil dari usaha beliau.

Jam'iyah Perak kini sedang merangka satu pelan pembangunan bagi mendirikan sebuah pusat ilmu Antarabangsa. Kita menyanjung tinggi akan peranan mereka yang telah mempelopori gerakan Jam'iyah pada peringkat awal hingga ia masih unggul ke masa kini. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka, Amin!

Dato' syekh Mohd Nor Alhafiz


SELAMAT DAtANG KE BLOG baru Jam'iyah.!!

Assalamualaikum wm.wb.
Selamat bertemu melalui blog baru PSIP, setelah terganggu oleh masalah teknikal sebelum ini.
Kami mengalu-ngalukan sumbangan dan komentar anda untuk meningkatkan lagi mutu dan maklumat terkini mengenai Jam'iyah Perak.

Mesyuarat AJK Tertinggi semalam  (20 Nov.2009) membincangkan beberapa program sambutan 60 tahun, antaranya Program Qurban Perpaduan, sebanyak 15 ekor lembu akan dikorbankan pada hari Sabtu (8 ekor) dan Ahad (7 ekor), Pesta Buku pada bulan Januari 2010, Pertandingan Marhaban, Forum Perdana Ehwal Islam dll.

Mesyuarat juga mencadangkan untuk membina Pondok Moden Jam'iyah bagi menampung golongan "berusia emas" untuk menumpukan masa bagi belajar dan beribadah.

Salam hormat
Zanman Huri Haji Samsudin
Biro Penerangan dan Multimedia
21 November 2009

Pembukaan Cawangan Jam'iyah Perak    (   2 Disember 2009)

Perlembagaan PSIP yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan mengandongi peruntukan 'Penubuhan Cawangan di Peringkat Daerah'.

AJK Tertinggi PSIP mengalu-ngalukan kemasukan ahli-ahli baru dari daerah-daerah seluruh Negeri Perak sebagai persiapan untuk AJK Tertinggi turun ke daerah dalam tempuh terdekat untuk menubuhkan Cawangan-Cawangan.

Keahlian PSIP terbuka kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang pendidikan dan politik, asalkan mereka dapat menghayati dasar perjuangan Jam'iyah untuk menyampaikan Islam kepada setiap lapisan masyarakat, melalui pendekatan dakwah bil hikmah.

BORANG KEAHLIAN
PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM PERAK  - JAM'IYAH PERAK

Nama: .............................................................................No.KP...................................................

Alamat:............................................................................Tarikh Lahir:............................................

.......................................................................................Tempat Lahir:...........................................

....................................................................................... Umur:......................................................

Telefon: ......................................( R )....................................... ( Pej. )...................................(HP)

Pendidikan:      Rendah               (        )                  Menengah              (        )

                       Kolej                  (         )                Universiti                 (        )

                       lain-lain:     ..............................................................................................................

Saya mempunyai   ............................untuk disumbangkan kepada Jam'iyah Perak seperti berikut:

Kebolehan/Kemahiran:  ..................................................................................................................

Bakat / Kepakaran: ........................................................................................................................

Saya sedia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan PSIP dan sedia memberi khidmat dan sumbangan kepada kegiatan Jam'iyah Perak.

Disertakan Borang yang lengkap dan Yuran Tahunan dan Pendaftaran sebanyak RM.....................

Terima kasih.

Catatan oleh
Zaman Huri bin Haji Samsudin
Ketua Biro Penerangan PSIP